Permulaan perang Perang_Candu_Kedua

Perang ini terjadi selepas Perang Candu Pertama. Pada tahun 1842, Perjanjian Nanking—sebuah perjanjian pertama yang kemudian dipanggil China sebagai sebuah perjanjian berat sebelah telah memberi perlindungan dan kelebihan kepada Britain, dengan pembukaan lima buah pelabuhan dan penyerahan Pulau Hong Kong. Kegagalan pernjanjian ini dalam memenuhi tujuan Britain untuk mempertingkatkan perdagangan dan hubungan diplomatik membawa kepada Perang CAndu Kedua (1856–60).[5] Di China, perang ini dianggap sebagai[oleh siapa?] permulaan sejarah moden China.

Tempoh antara dua perang ini tindakan agresif berulang ke atas rakyat Britain menyebabkan Ekspedisi Canton dilancarkan pada tahun 1847 yang mana menyerang dan mengambil secara coup de main, pelabuhan-pelabuhan di Bocca Tigris dan memakukan sebanyak 879 buah meriam.[6]:501

Campur tangan Perancis

Hukuman ke atas mubaligh Persatuan Misi Luar Negara Paris, Auguste Chapdelaine menjadi penyebab rasmi penglibatan Perancis dalam Perang Candu Kedua.

Perancis menyertai tindakan Britain menentang China, setelah menerima aduan daripada duta mereka, Baron Jean-Baptiste Louis Gros, atas hukuman mati ke atas mubaligh Perancis, Father Auguste Chapdelaine,[7] oleh pihak berkuasa China tempatan di wilayah Guangxi, yang mana pada masa tersebut ditutup kepada orang luar. [8]

Pasukan tentera Britain dan Perancis bergabung di bawah Laksamana Sir Michael Seymour. Tentera darat Britain diketuai oleh Lord Elgin, manakala tentera darat Perancis oleh Gros. Mereka bersama-sama menyerang dan menduduki Canton (Guangzhou) pada akhir tahun 1857. Sebuah jawatankuasa bersama pasukan bersekutu dibentuk. Pihak Bersekutu mengekalkan gabenor kota di pangkat asal beliau bagi menjamin keamanan bagi pihak Bersekutu. Perikatan Britain-Perancis mengekalkan kawalan ke atas Canton selama hampir empat tahun.[petikan diperlukan]

Pihak Bersekutu kemudian mara ke utara untuk menawan buat seketika Kubu Taku yang terletak berdekatan Tientsin (kini Tianjin) pada bulan Mei 1858.[petikan diperlukan]

Rujukan

WikiPedia: Perang_Candu_Kedua http://www.thehistorypress.co.uk/index.php/victori... https://dl.dropboxusercontent.com/u/5277315/my%20w... https://books.google.com/books?id=A-fRB23OJMcC https://books.google.com/books?id=JDIQAAAAYAAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=cbzjtZUCtcAC https://books.google.com/books?id=jYmFAAAAQBAJ https://id.loc.gov/authorities/subjects/sh85024094 https://id.ndl.go.jp/auth/ndlna/00560326 https://archive.org/stream/frontieroverseas06indi#... https://www.wikidata.org/wiki/Q418151#